Transformasi CoopMart Online

CoopMart atau lebih dikenali sebagai Pasar Mini KoopMKM telah melalui transformasi program TUKAR pada tahun 2012. Sepanjang beroperasi, CoopMart telah melalui pelbagai fasa pembangunan dan pengembangan aktiviti termasuklah memasukkan pelbagai barangan keperluan isirumah khas untuk anggota, barangan hamper, makanan, minuman, sarapan pagi, minuman panas, makanan petang, sate gemoq dan banyak lagi.

Usaha untuk menjual produk di CoopMart secara online telah dilakukan oleh Anggota KoopMKM yang mahir di dalam bidang ICT, namun operasi CoopMart Online terhenti sementara kerana penyeliaan di peringkat pekerja koperasi sendiri agak terhad dan kurang mahir. Bagi meneruskan kesinambungan usaha sebelum ini, pada 7/12/2019, CoopMart Online kini telah mula beroperasi secara online menggunakan domain dan hosting sendiri serta berintegrasi dengan sistem pembayaran online FPX ToyyibPay.

Untuk permulaan dan percubaan, team CoopDigital KoopMKM telah memasukkan 9 item barangan keperluan terlebih dahulu dan akan ditambah dari masa ke semasa. Fokus utama CoopMart Online adalah barangan laris jualan dan barangan keperluan utama Anggota.

CoopMart Online boleh dilayari melalui link ini, mart.koopmkm.com.my

jom kongsikan..

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Hakcipta Terpelihara 2020 | KoopMKM

paparan terbaik melalui pelayar web versi terkini dengan resolusi 1360 x 768 px

Scroll to Top