Penilaian Usaha Wajar (DDE) di KoopMKM

DDE seringkali dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ke atas koperasi terpilih mengikut keperluan tertentu atau sebagai amalan tahunan bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang telah ditetapkan oleh pihak SKM.

Pada 26/11/2019, KoopMKM telah diberi penghormatan untuk menjadi koperasi terpilih bagi sesi DDE pihak SKM sebagai penutup tahun 2019. Ini merupakan sesi DDE sulung sejak penubuhan KoopMKM 1987. Seramai 4 orang pegawai SKM terlibat secara langsung di dalam sesi DDE di KoopMKM yang bermula pada 26/11/2019 dan berakhir pada 10/12/2019. Mesyuarat Penutupan DDE akan diadakan pada 16/12/2019 bagi menerangkan hasil penemuan, teguran, penambahbaikan dan hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti koperasi.

Secara umumnya, pengukuran dan penilaian DDE akan melibatkan penggunaan formula FLAME-T, iaitu;

Financial – Status Kewangan koperasi
Liquidity – Status Kecairan Tunai koperasi
Asset – Status Aset/ Harta koperasi
Management – Status Tadbir Urus koperasi
Earning – Status Perolehan koperasi
Technology – Status Penggunaan Teknologi di dalam aktiviti koperasi

KoopMKM mengharapkan semua teguran dan penemuan yang bakal dibentangkan pada sesi Penutupan DDE nanti sebagai turning point untuk terus mara ke hadapan, mengharungi aktiviti berkoperasi sejajar dengan prinsip dan gerakan koperasi negara.

Hakcipta Terpelihara 2020 | KoopMKM

paparan terbaik melalui pelayar web versi terkini dengan resolusi 1360 x 768 px

Scroll to Top