KoopMKM Mendaftar Social Enterprise (SE – Magic)

SE atau Social Enterprise merupakan salah satu agenda kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan untuk membantu golongan tertentu untuk turut sama berkembang meraih kekayaan ekonomi negara melalui aktiviti sosial tertentu.

KoopMKM telah terpilih untuk menyertai SE di bawah kelolaan pihak MAGIC bagi merealisasikan visi dan misi kementerian untuk Keusahawan Sosial di dalam sektor koperasi. Sesi tersebut telah diadakan pada 7/10/2019 di IKM melalui satu sesi Perbincangan Meja Bulat bersama beberapa buah koperasi terpilih seluruh negara.

Sesi taklimat khusus berkaitan SE telah diberikan oleh pegawai Magic sendiri yang menyentuh tentang Garis Panduan, Kreteria, Permohonan dan Pendaftaran.

Alhamdulillah, KoopMKM telah menyahut peluang tersebut dan mendaftar sebagai Koperasi SE secara online dan permohonan telah diluluskan pada hari tersebut juga. Tahniah KoopMKM.

Hakcipta Terpelihara 2020 | KoopMKM

paparan terbaik melalui pelayar web versi terkini dengan resolusi 1360 x 768 px

Scroll to Top