Kerja-Kerja Pengiraan Stok Akhir Tahun 2019

Hari ini, 30 Dis 2019, kerja-kerja pengiraan stok akhir telah bermula di Pasarmini KoopMKM mulai jam 8.30pagi. Semua transaksi jualan ditutup untuk membolehkan kerja-kerja pengiraan stok akhir berjalan lancar.

Seramai 7 orang staf KoopMKM telah terlibat melakukan pengiraan stok akhir mengikut nombor rak yang telah ditetapkan. Seorang pengira dan seorang penyemak melakukan kerja pengiraan dan penyemakan secara bersama untuk memastikan setiap item barangan dicatat dengan tepat dan betul. Manakala JAD datang membantu untuk mengesah dan menyaksikan setiap kerja pengiraan yang telah dilakukan.

Pada masa yang sama, staf juga turut membantu mengesan barangan yang telah luput tarikh khususnya barangan makanan dan minuman. Selain daripada itu, susunan barangan juga diperkemaskan mengikut rak yang telah ditetapkan.

Kerja-kerja pengiraan stok akhir ini belangsung selama 2 hari, mulai 30 dan 31 Disember 2019. Sepanjang kerja pengiraan stok ini berlangsung, operasi di Pasarmini dan Pejabat KoopMKM ditutup dan akan dibuka semula pada 2 Jan 2020.

jom kongsikan..

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on print
Print

Hakcipta Terpelihara 2020 | KoopMKM

paparan terbaik melalui pelayar web versi terkini dengan resolusi 1360 x 768 px

Scroll to Top