Kerja-Kerja Pengesahan Sempadan Jalan Tandang

KoopMKM bersama-sama Unit Penyenggaraan dan Kejuruteraan (UPK), IKM telah melakukan kerja-kerja pengesahan sempadan di Jalan Tandang, Petaling Jaya pada 17 Dis 2019 jam 2ptg.

Sesi tersebut melibatkan Ketua Unit UPK bersama-sama 3 orang staf UPK, manakala wakil KoopMKM diwakili oleh Pengurus dan Eksekutif Perniagaan turut sama turun padang untuk melihat sendiri penandaan sempadan setiap lot yang terdapat di situ.

Jalan Tandang merupakan salah satu punca pendapatan utama KoopMKM melalui sewaan lot dan sewaan parkir kenderaan. Melalui penandaan sempadan ini membolehkan pihak IKM dan KoopMKM mengetahui keluasan sebenar dan had sempadan untuk setiap aktiviti sewaan.

Hakcipta Terpelihara 2020 | KoopMKM

paparan terbaik melalui pelayar web versi terkini dengan resolusi 1360 x 768 px

Scroll to Top