Booth Jualan @Tanera Hotel, Bangi

KoopMKM telah dijemput untuk memeriahkan lagi Seminar Bicara CEO anjuran IKM di Hotel Tanera, Bangi, Selangor pada 10/12/2019. Persiapan telah dibuat sehari sebelum acara dengan membawa produk Buku Terbitan IKM yang laris, iaitu, Bongkar Rahsia Kejayaan Koperasi, Pengurusan Pasar Mini Koperasi, Asas Simpan Kira Koperasi, Pengurusan Kewangan Koperasi, Buku Akta Koperasi dan Kejayaan Koperasi Luar Negara Jilid 7 dan 8.

Selain daripada itu, team Pemasaran KoopMKM juga membawa produk terbaharu, Quran Digital terbitan MyQalam dan mempromosikan Kursus dan Latihan Coop Digital; Kelas Belajar Membina Website dan Kelas Membina Mobile Apps.

Alhamdulillah sambutan koperator yang hadir di booth KoopMKM sangat menggalakkan untuk membeli buku terbitan IKM dan mendaftar Kelas CoopDigital. Seminar Bicara CEO berakhir pada jam 1.00 petang dan booth pameran julan KoopMKM selesai melabuhkan tirai tepat jam 3.00 petang.

Tahniah & Terima Kasih kepada Team Pemasaran, ALK dan Anggota yang turut sama menjayakan booth jualan KoopMKM di Hotel Tanera, Bangi.

Hakcipta Terpelihara 2020 | KoopMKM

paparan terbaik melalui pelayar web versi terkini dengan resolusi 1360 x 768 px

Scroll to Top